Ruangan aktiviti-aktiviti penulis ini diwujudkan adalah bertujuan untuk mendedahkan para pembaca tentang aktiviti yang pernah dihasilkan dan juga dilakukan oleh penulis yang berkaitan dengan kesusasteraan. Monolak anggapan bahawa dunia sastera hanyalah berkisar kepada menulis mahupun membuat puisi semata-mata, tetapi di dalam dunia kesusasteraan meliputi semua bidang termasuklah kemahiran menggunakan IT.
Upload Video di U-TubeMerupakan sebahagian daripada kerja khusus yang diterapkan dalam kursus BBk3408. Kerja khusus yang dilaksanakan ini merupakan kerja berkumpulan yang dilakukan secara bersama-sama dalam menghasilkan sebuah video klip lagu secara miming lagu-lagu Melayu yang rancak. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan juga adalah untuk memupuk semangat kerjasama sesama ahli kumpulan. Keterlibatan semua ahli kumpulan dalam menghasilkan video, mengedit, mengupload video ini sudah pasti tidak akan berhasil tanpa keterlibatan daripada semua ahli kumpulan.
|
|
|
Kalendar by 'Adobe ephotoshop..Kalendar 2012 yang dihasilkan menggunakan adobe photoshop ini adalah hasil karya individu. Dengan menggunakan adobe photoshop ini,setiap gambar yang dipilih dapat diedit, diubahsuai, dipadankan dengan gambar-gambar yang lain dan menghasilkan kalendar yang sangat menarik. Pelbagai hasil karya kreatif lagi yang boleh dihasilkan dengan menggunakan adobe photoshop ini.
|