Ruangan artikel-artikel sastera ini diwujudkan khususnya dalam memaparkan peristiwa-periswa atau agenda yang berlaku sekitar dunia kesusasteraan tanah air kita. Kebanyakkan artikel-artikel sastera yang dimuatkan oleh penulis dalam laman ini adalah dipetik daripada sumber-sumber akhbar yang di dalamnya termuat tentang dunia sastera tanahair.
Cerpen: Orang Surat Khabar
Oleh Mohd Helmi Ahmad
2010/05/30
“BAPAK, ada panggilan telefon”
“Siapa?”“Entah”Cikgu Bakri mahu saja bersoal jawab lagi. Tetapi reaksi yang ditunjukkan anaknya, Sakinah membuatkan hasratnya itu mati.
“Lekas bapak,” kejan Sakinah.
“Sekejap.”
Cikgu Bakri menyudahkan ayat terakhir, dalam usahanya menyiapkan artikel yang mahu dihantarnya ke sebuah surat khabar. Dia tidak mahu idea yang tengah datang-datang itu terhenti mengalir. Susah mendapat mood kembali untuk menyambung.
“Helo, Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
“Ini encik Bakri ke? aaa … maksud saya Cikgu Bakri.”
“Ya, saya bercakap. Boleh saya tahu siapa di sana?”
“Kamarul.” Jeda sebentar di pihak Cikgu Bakri
“Kamarul Arifin. Dari surat khabar.”
“Wartawan! Ada apa cari saya?”
“Cikgu ada masa?”
“Saya tak pernah ada masa untuk bersembang kosong. Masa yang ada cukup sekadar untuk saya makan, solat, kerja.” Jawapan Cikgu Bakri itu menceritakan bahawa dirinya sentiasa sibuk. Dihambat dengan rutin harian; sebagai cikgu, ayah dan penulis sambilan.
“Boleh saya curi masa cikgu sebentar?”
“Sekarang ini bukan sekadar kamu telah mencuri, tetapi telah meragut masa saya.” Wartawan itu tersentak dan hanya mampu menelan liurnya.
“Saya kurang faham.” Wartawan itu kembali berhati-hati dengan tutur katanya.
“Sekarang, apa yang kamu nak daripada saya?”
“Saya ada beberapa soalan mahu ditanya dan beberapa soalan yang mengkehendaki cikgu jelaskan.” Berbelit-belit wartawan itu menyatakan hasratnya.
“Besar sangat ke?”
“Taklah besar sangat. Tapi kalau cikgu tak jelaskan barangkali boleh jadi besar.”
Seolah-olah wartawan itu cuba mengugut Cikgu Bakri.
“Kalau macam itu, petang ini kita jumpa di kedai makan jalan Simpang Kuala. Boleh?”
“Sudah tentu boleh. Jumpa nanti.”
Cikgu Bakri seperti biasa mengenakan kemeja yang berwarna agak ceria. Ringkas, tetapi menarik. Petang itu Cikgu Bakri memandu kereta Perdana hitam yang dipinjam daripada anak sulungnya untuk ke tempat janji temunya dengan wartawan itu. Kebetulan Sakinah tidak ke mana-mana hari itu. Pemanduannya lancar.
Pilihan waktunya tepat. Waktu begini ramai yang berada di rumah. Di antara jam 2.30 petang ke 4.30 petang sudah tentu masa yang membosankan untuk meluncur di atas jalan raya dan berpeleseran di gedung beli-belah.
Mudah pula mendapatkan parkir. Tanpa memandang keliling Cikgu Bakri masuk ke kedai makan itu lalu melabuhkan punggungnya di suatu sudut yang berhampiran sebuah taman kecil yang dipenuhi tumbuhan hijau. Seorang pekerja kedai makan itu menyuakan segelas teh tarik kurang manis kepadanya tanpa perlu dipesan.
“Terima kasih.”
“Sama-sama kasih cikgu,” sambut pekerja kedai makan itu dengan bersahaja. “Hai cikgu ada sidang media lagi ke?”
Cikgu Bakri hanya tersenyum simpul dengan istilah sidang media yang dikatakan oleh pekerja itu. Ibaratnya pula seperti artis popular. Barangkali orang yang tidak tahu tidak akan tahu. Cikgu Bakri sememangnya sudah biasa dengan kedai makan itu. Minuman dan makanannya juga seperti sudah tercetak kemas dalam fikiran mereka.
Lelaki yang menggalas beg sendeng Adidas itu berlari-lari anak menuju ke meja Cikgu Bakri. “Cikgu Bakri?” soal wartawan itu.
“Kamarul,” Cikgu Bakri tidak menjawab sebaliknya menyoal kembali.
Lalu kedua-duanya berjabat salam. “Maafkan saya. Terlambat.”
Cikgu Bakri melihat jam di tangannya. Lima belas minit masanya terbuang. Wartawan itu menarik kerusi untuk memberi ruang untuk punggungnya berlabuh. Seketika dia mengeluarkan buku catatannya bersama-sama sebatang pen. Wartawan itu mengambil masa beberapa minit lagi. Memberi ruang kepada dirinya bernafas.
“Sebenarnya apa benda yang mustahak sangat kamu nak jumpa saya?” Cikgu Bakri sedikit tidak sabar menanyakan soalan.
“Cikgu ada baca artikel tempoh hari?”
Cikgu Bakri masih diam. Biarkan wartawan itu menjelaskannya lagi. Tiap-tiap hari surat khabarlah yang menjadi sarapannya terlebih dahulu. Sudah tentu yang dihadapnya adalah artikel-artikel yang melaporkan berita di dalam dan di luar negara. Artikel yang dimaksudkan wartawan itu yang mana satu.
“Artikel tentang cikgu.”
“Tentang saya,” Cikgu Bakri memberi respon mudah.
“Cikgu dikatakan guru yang berani bertindak ‘kasar’ terhadap pelajar-pelajar sekolah cikgu.” Perucapan wartawan itu seperti menempek kenyataan surat khabar itu di dahi Cikgu Bakri. Sambung lagi wartawan itu. “Setahu saya cikgu baharu saja dilantik menjadi guru disiplin kurang lebih tiga bulan bukan. Tetapi cikgu sudah berani ‘menggodam’ pelajar-pelajar itu seperti cikgu sudah berkhidmat lebih daripada 10 tahun.” Menyembur-nyembur air liur wartawan itu di atas meja.
“Sebentar,” Cikgu Bakri meninggikan sedikit suaranya. “Saya nak perbetulkan. Saya berada dalam bidang perguruan sudah lebih dari 30 tahun. Cuma baru-baru ini dilantik menjadi guru disiplin. Seperti kata kamu kurang lebih tiga bulan adalah.”
“Kiranya cikgu sudah lama bergelumang dalam bidang pendidikan. Tidak pula dinyatakan dalam artikel tempoh hari.” Berkerut-kerut dahi wartawan itu.
“Bukankah itu tugas kamu untuk menyelidikinya sebelum menghukum seseorang itu tanpa usul periksa.” Cikgu Bakri memulangkan paku buah keras.
Diam. Pada hematnya Cikgu Bakri tidak boleh menuduh semua wartawan begitu. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. “Cikgu tak takut buat begitu?”
“Apa yang nak ditakutkan. Andai apa yang kita lakukan itu untuk kebaikan.
Seperti kerja kamu. Sekiranya takut untuk menggeledah cerita-cerita yang menarik, tentu sedikit sebanyak akan menjejaskan peluang kerjaya kamu bukan. Tentu orang akan mudah muak dengan cerita yang sudah basi.”
“Daripada artikel ini ada dinyatakan yang cikgu telah menggunting seluar pelajar-pelajar. Betul ke?” Wartawan itu cuba mendapat kepastian yang sudah diketahui jawapannya.
“Kalau saya cakap tidak, tentu kamu tidak percaya bukan? Sudah tentu betul. Kalau tak betul mana mungkin dilaporkan dalam surat khabar. Surat khabar ini sebenarnya dah macam khadam. Apa yang kita buat dia tahu. Walau dalam hutan, gunung, laut sekalipun.”
Wartawan itu terasa tersindir. Langsung diubah topiknya. “Dalam artikel ini juga tertulis yang cikgu telah menggantung selipar di leher para pelajar.”
“Nanti dulu.” Cikgu Bakri menyedari ketidakselesaan wartawan itu. “Saya nak jelaskan pasal gunting seluar itu. Kementerian Pelajaran telah meletakkan garis panduan berpakaian. Pelajar hendaklah memakai seluar berwarna hijau kehitaman.
Seluar berfesyen tidak dibenarkan. Apa yang dimaksudkan dengan seluar berfesyen adalah berkaki besar atau kecil, berkaki labuh mencecah lantai atau terlalu singkat, terlalu longgar atau ketat dan berpoket tampal (di hadapan atau belakang). Oleh itu, potongan seluar hendaklah mengikut potongan biasa sahaja.
Tak kecil tak besar. Apabila mereka ini tidak mematuhi peraturan dengan mengecilkan kaki seluar, saya tak teragak-agak menggunting seluar mereka ini dari bawah hingga paras paha.”
“Terkontang-kantinglah mereka ini jadinya.”
“Saya tidak biarkan mereka berkeadaan begitu sahaja. Saya bagi kain batik kepada pelajar-pelajar ini untuk menggantikan seluar yang rabak itu. Bukankah itu tindakan yang mana saya tidak mencabul maruah mereka.”
Wartawan itu senyum sumbing. “Fasal hal selipar itu pulak?”
“Oh, itu! Semua pelajar dimestikan memakai kasut berwarna putih yang diperbuat daripada kanvas atau ‘polyester’. Tanda cap atau lambang yang berjalur dan yang berwarna tidak dibenarkan. Kamu bayangkan selipar yang mereka pakai pergi ke jamban itu dibuatnya datang ke sekolah. Apa mereka ingat sekolah ini bapak mereka punya. Suka-suka hati nak pakai apa saja yang mereka suka. Langkah senang saya gantungkan saja selipar itu di leher mereka. Biar mereka tahu yang selipar yang mereka pakai itu bagaimana baunya.”
“Lepas itu apa jadi?”
“Dah tak berani nak pakai selipar lagi walaupun hari hujan.”
“Wah, berani betul cikgu ini ya!”
“Cikgu mau tambah air?” Seorang pekerja datang mencelah. Setelah 30 minit wartawan itu bertamu. Temu bual mereka terhenti seketika.
Cikgu Bakri mengangkat tangan tanda tidak perlu.
“Kawan cikgu?”
“Bagi saya teh O limau. Cikgu tak nak makan? Saya belanja.”
“Tak apa. Saya dah makan tadi di rumah.”
Wartawan itu menghirup sedikit air yang dipesan tadi. Sambil mengerling jam Rolex di tangan. Sempat untuknya mendapatkan beberapa penjelasan lagi. Sebelum waktu asar. “Cikgu, cikgu pernah mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang berambut panjang bukan? Cikgu dengan sewenang-wenangnya menggunting rambut pelajar berkenaan ikut suka hati cikgu. Itulah info yang saya dapat.”
“Ha … masalah pelajar berambut panjang ini sebenarnya bukan sahaja berlaku di sekolah saya mengajar saja. Mana-mana sekolah pun ada. Sekolah lama saya dulu pun pernah ada.” Cikgu Bakri menyambar soalan itu seperti ikan menyambar umpan segar.
“Maksud cikgu, cikgu ada dua buah sekolah?”
“Sebelum saya mengajar di sekolah sekarang ini, saya pernah bertugas di kawasan bandar. Tetapi khidmat saya lebih diperlukan di sekolah baru saya ini. Itu cerita lama.”
Wartawan itu pantas mencatat maklumat baharu yang diperolehnya.
“Rambut pelajar-pelajar lelaki haruslah potongannya mengikut sukatan yang ditetapkan. Di bahagian belakang, rambut tidak boleh melebihi di bawah garisan cuping telinga. Di bahagian depan, rambut tidak boleh menutup garisan tengah dahi. Di sebelah tepi, rambut tidak boleh menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan pelipis tidak melebihi garisan tengah hidung. Di bahagian atas, rambut tidak boleh melebihi 12 sm panjang. Dan pelajar tidak dibenarkan menyimpan misai, janggut dan jambang. Saya mengenakan tindakan dengan menggunting rambut-rambut pelajar ini supaya mereka menyedari bahawa potongan rambut mereka itu tidak sesuai sebagai seorang pelajar.”
“Dengan sewenang-wenangnya?”
“Bukan. Saya menggunting pada bahagian yang panjang itu sahaja. Mungkin ramai orang di luar sana yang melihat mereka mengatakan bahawa saya menggunting dengan sewenang-wenangnya kerana tidak seluruhnya saya gunting. Tetapi kamu cuba fikir selepas saya gunting rambut pelajar-pelajar ini, mereka terus ke kedai gunting rambut lalu membetulkan kembali. Alangkah segak, tampan dan bergaya selepas itu. Tukang gunting rambut pun boleh kaya sekiranya kerap saya melakukan begitu,” Cikgu Bakri menjelaskan situasi dalam nada berseloroh.
Wartawan dan Cikgu Bakri tersenyum lebar. Pada awalnya Cikgu Bakri yang dianggapnya tegas dan serius itu bukanlah seperti yang bermain-main di fikirannya. Temu bualnya dengan Cikgu Bakri tidaklah mengambil masa yang lama. Kedua-duanya memberi kerjasama yang baik.
“Terima kasih cikgu.”
“Sama-sama.”
“Oh! Sebelum saya mengakhiri temu bual ini boleh saya tahu karya terbaharu cikgu?”
“Sekarang ini saya sedang menyiapkan sebuah artikel tentang perjuangan memartabatkan bahasa Melayu. Dan jika ada rezeki dapatlah nanti kita sama-sama berkongsi cetusan ilmiah ini.”
Wartawan itu mengulum senyum.
“Saya harapkan kita dapat bekerja sama lagi pada lain masa. Senanglah saya dapat berkawan dengan seorang wartawan yang bagus macam kamu ini.”
“Saya juga begitu. Harapan saya dengan penjelasan cikgu ini segala cemuhan dan kekeliruan yang berlaku dapat diselesaikan.”
“Sampai jumpa lagi.”
Profil
MOHD Helmi Ahmad yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah, pada 4 Disember 1986 adalah pendatang baru dalam dunia penulisan kreatif tanah air. Terbabit dalam genre puisi, esei, rencana ilmiah dan cerpen. Karyanya mendapat tempat dalam pelbagai majalah. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu), Universiti Putra Malaysia (UPM) ini muncul johan dalam Pertandingan Menulis Esei Bulan Kemerdekaan 2005 anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Azi dan Pertandingan Menulis Esei Pendermaan Organ, Kementerian Kesihatan Malaysia, New Straits Times-Berita Harian 2009 (Kategori Institusi Pengajian Tinggi-Bahasa Malaysia).
Dipetik daripada: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cerpen_OrangSuratKhabar/Article/index_html