Klik-klik tentang diri..
Tepat 10.45 p.m, tanggal 16 Ogos 1988 saya dilahirkan.
Bermula daripada hari ini saya telah diberi peluang oleh Yang Maha Kuasa untuk mengenal dunia yang tidak diketahui oleh sekalian makhluk akan bila penghujungnya.
Ayahanda bernama Ismail b. Yusof, manakala Bonda pula bernama Che Halimah bt. Yaacob.
Diberikan nama yang cukup cantik oleh ayahanda dan bonda yang tersayang dengan nama Norhidayati bt. Ismail.
Tempat dibesarkan dan dilahirkan tetap sama iaitu di Felda Kemahang (2), Tanah Merah, Kelantan dan masih lagi menetap di sana hingga ke hari ini dan menjadi anak jati felda sejati..:-)
Merupakan Anak yang ke-6 daripada 9 Orang adik-beradik.
Pendidikan:
Diri saya telah mendapat didikan awal di TASKA Kemahang Dua pada usia 5-6 Tahun.
Bersekolah Rendah di Sekolah Kebangsaan Kemahang (2).
Kemudian saya meneruskan pengajian saya di peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kemahang sehingga ke tingkatan (5).
Seterusnya, meneruskan pengajian diperingkat STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu gajah, Tanah Merah Kelantan.
Selepas menamatkan pengajian diperingkat sekolah, saya meneruskan lagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bacelor Sastera (Kesusasteraan Melayu) pada tahun 2008-2011 di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) , Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang , Selangor.
Selepas menamatkan pengajian sebagai graduan Sarjana Muda, saya telah melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana saya dalam bidang yang sama dan juga di institusi yang sama sehingga hari ini.
Dengan rahmat dan rezeki daripadanya, saya telah diberi peluang untuk bekerja sambil belajar walaupun hanya kontrak sebagai Fellowship Penyelidik Siswazah (GRF), Universiti Putra Malaysia. Hingga sekarang saya menjadi guru kelas tutorial kepada 38 orang pelajar dalam subjek Sastera Dalam Multimedia.
InsyaAllah...saya benar-benar berharap dengan izin dari-Nya serta iringan doa daripada semua, saya mampu untuk menamatkan pengajian saya dalam bidang Ijazah Sarjana dalam bidang Kesusasteraan Melayu dan insyaAllah jika diberikan rezeki, ruang dan peluang saya akan meneruskan lagi pengajian saya ini keperingkat seterusnya...InsyaAllah..
Aminnn...mohon doa sahabat yang budiman sekalian ya..:-)